Tuesday, July 21, 2009

kenangan yang lalu 1-mersing ke tioman

Ni tk tatapan sapa2 y xdpt dw folder y eriq share 2...plus tk sapa2 y x p.....
biar la gambar bercerita k....

ni br episod 1 - dr mersing ke tioman

ni kt pasar mersing

sume hepi nk grak nek boat sblum pkul 12.br lpas bli brng bbq

kelibat SRK kelihatan d pasar mersing

pelancong jepun y nk ke tioman jgk

muka epi sbb dpt nek kancil v-power

jett msih mengantuk.dia y pling kuat tdo time prjalanan


no comment are allowed

msing2 duk tngu mida bg duit blanja

kami d ats.afta dpt lecture sal undang2 laut

syok beb duk ats

gaya pekerja baru



mcm ni la cr pekerja proton tdo eh....

cuba teka siapa saya???


tgk y blakang.cot tgh cover muka tdo.more pic tdo here....





muka kanak2 riang.....

jeti kg.genting


muka puas afta menang kes lwn mak cik gayah


akhirnya sapa jua afta tnggu dr pkul 4 pagi.ni pic pkul 2 tgh hr....

p/s:other pic akn menyusul nnti.....

Read more...

Thursday, July 9, 2009

Duit!!!

berhubung dengan semester yang dah pun bermula di kebanyakan IPTA,jadi dimanakah duit biasiswa kerana aku semakin senak dan mengah mengikat perut demi untuk menampung kehidupan di universiti..
aaargghhhh!!! duit2......
duit gaji pon belum masuk lagi neh....

Read more...

Monday, July 6, 2009

TAMBAH LIST YM ID

log in kat www.blogger.com
masukkan username dgn password
click kat layout
cari di dalam kawasan Add and Arrange Page Element, List YM ID YP Scholars.
click kat edit.
tambahkan list YM yang belum ada, termasuk diri sendiri kalau tidak ada lagi.
Ex-Scholars pon boleh, Seniors Proton pon boleh..
Then, click save.
Sekian , Terima Kasih!
~AiNUN~

Read more...

Thursday, July 2, 2009

diari tioman 2

Sabtu, 0800H
Matahari mula memancar sinarnya. Sinarannya mampu memberi tenaga untuk Sumi, Midah, Chot, Ara, Izzarief, Ezariq, Jett, Rahman, Khai, Khamal, Ainun, Hafiz dan Zulhisyam. Nampaknya semua cergas untuk mengejar feri ke tioman sebelum pukul 12.

"Sempat lagi kan nk shopping?" Tanya midah pada chot yang baru menenyeh-nenyeh mata.

Sabtu, 0830H
Bergerak ke pasar Mersing. Sibuk lah semua ahli rombongan mencari ayam, bawang, timun, ubi keledek dan sebagainya. Semua pergi pasar. Tiada siapa pun yang pergi sarapan pagi dengan roti canai atau nasi lemak bersama teh tarik. Ye dak? (konon saja)

Sabtu, 1000h
Balik ke jeti Mersing dengan harapan feri sebelum pukul 12 sudah bersedia membawa kami 13 orang ke pulau Tioman. Malangnya, apa telah dikatakan hanyalah khabar angin. Mak Cik Gayah (bukan nama sebenar) menyatakan bahawa rezeki kami hanya pada feri pukul 6 setengah petang. Arakian di sinilah bermulanya Latihan Industri untuk pelajar Undang2 di UKM. Tidak ketinggalan juga Izzarief yang sudah bersedia untuk berusaha mendapatkan 'boarding pass' walau dengan apa cara sekali pun. Berbekalkan badan yang mantap lagi gebu, Izzarief terus mengekori Mak Cik Gayah dan brader baju biru. Sementara lawyer UKM, Siti Farah sudah menyusun ayat untuk melawan hujah pihak Mak Cik Gayah yang goyah.

Sabtu, 1200H
Pada ketika ini, semua pengunjung jeti berkenaan termasuk pelancong asing sudah mendapat tempat di dalam feri Blue Water. Akhirnya, brader baju biru membenarkan kami semua 13 orang untuk naik feri itu tanpa 'boarding pass'..

"Cepat laa naik!!" Tempik Mak Cik Gayah mengarah kami untuk naik ke atas feri. Balas dendam rupanya.

Di dalam feri, Izzarief, Ara, Jett, Midah, dan Zulhisyam ditempatkan di kerusi yang masih lagi tiada berduduk. Yang lain, dengan senyum lebar naik ke bahagian atas feri. Maka dapatlah mereka bertujuh berbual-bual mesra dengan kapten kapal di atas. Bukan itu saja, kapten kapal turut mengajarkan mereka undang-undang pelayaran yang sudah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

*** Gambar org tidor sepanjang perjalanan merentasi Laut China Selatan***

Sabtu, 1500H
Tiba di Kampung Ayer Batang. Di kampung inilah YP Chalet bertapak. Lalu kami bertemu dengan Abang Kejok yang disebut-sebut oleh Midah. Dapatlah kami 3 buah chalet. Jadi terpaksalah kami menggunakan formasi 4-5-4. Sebelum mandi laut, sempat juga setengah daripada kami menerpa ke kedai makan untuk merasai keenakkan nasi goreng kampung bertelur goyang.

Sabtu 1600H
Izzarief sudah menyinsing lengan bajunya. Segala ayam2 yang telah disiang oleh Midah, Ara, dan Ainun (eh mana lagi sorg anak dara kita??), maka ayam itu diserahkan kepada Izzarief (warga Nepal) untuk proses pembuangan lemak bersama Quality Assistant (Khamal Adly). Semasa proses ini, Izzarief (sebagai vendor) diberi gred A- oleh Khamal. Tahniah untuk beliau. chaiyok2!!

"Anda boleh pergi jauh jika anda sentiasa komited dengan tugas anda," nasihat Khamal kepada Izzarief.

Sabtu, 1700H
Aktiviti pantai bermula. Nampaknya chot perlu memainkan peranannya di sini untuk menceritakan keriangan budak2 ni bermain pantai. Video di bawah mungkin dapat menceritakan suasananya.


video
*syam, aku besarkan saiz vdeo skit.ainun.

Sabtu, 1930H
Selepas menunaikan solat fardhu maghrib yang dijamak takdim dengan Isya', (yang mana jamak ngn Asar, zohor skali xtahu laa panggil jamak apa, jamak 1shot gamaknya) beredarlah semua ke tepi pantai sekali lagi untuk sesi makan. bla... bla... bla...

Sabtu 2200H
"Sini semua, kita nak buat ice breaking sikit.. junior cepat sikit," arah Sumi dengan riak wajah sombong, riak, takbur, celaka, berlagak, dan segala sifat mazmumah yang dipraktikkan beliau.

Semua 13 orang termasuk Khamal selaku Kuli Batak membuat bulatan mengelilingi unggun api yang disiapkan oleh Leftenan Muda Chot termasuk Hafiz dan Khai (setia membakar ayam). Maka Sumi mencanangkan daun terup. Satu untuk setiap orang. Skemanya seperti berikut:

Love - Pengalaman Manis
Spade - Boleh tanya sebarang soalan
Kerinting - Alkisah diri sendiri
Diamond - terlepas sudah..

**nantikan kisah seterusnya...

Read more...

penyu purple...

video



video

Read more...

PENUKARAN LAYOUT BLOG..

Berhubung apa yang dilihat sekrang..
layout blog dah berubah...
feel free to change, but make sure it is turn out ok and nice.
background saya biarkan dull sebab takot semak.

tapi..
kalu ada cadangan dan ada nak letakkan background..
begini caranya..
1) cari gambar yang cukup besar saiznya untuk dijadikan background.
biasanya..1600 x 1200, 1200 x 900..
2)make sure gambar tu ada URL..means dye dah publish kat tenet.
3)copy url gambar tu.
4)buka blogger>layout>edit HTML
5)cari bahagian yang dia tulis:

body {
background:$bgcolor url(http://www.smiley-faces.org/backgrounds/smiley-background-007.gif) fixed;
background-repeat: repeat;
background-position:top-center;
margin:0;
color:$textcolor;
font:x-small Georgia Serif;
font-size/* */:/**/small;
font-size: /**/small;
text-align: center;
}

*yang ini code yang asal. Kalu nak tuka background, pastekan URL gambar yang diingini meggantikan URL yang lama, yang di'italic'kan tulisannya.

cth,
ini URL gambar yang diingini..:

http://linuxscrew.com/files/wallpapers/2009/christmas%20hq%20wallpapers%20%285%29.jpg

pastekan URL itu menggantikan URL lama..
seperti ini:

body {
background:$bgcolor url(
http://linuxscrew.com/files/wallpapers/2009/christmas%20hq%20wallpapers%20%285%29.jpg) fixed;
background-repeat: repeat;
background-position:top-center;
margin:0;
color:$textcolor;
font:x-small Georgia Serif;
font-size/* */:/**/small;
font-size: /**/small;
text-align: center;
}


lepas tu..
PREVIEW sebelum save template.
kalu nice, save template.
font and style wording post ble ubah dekat Layout>Font and Color.

~ainun~

Read more...

Wednesday, July 1, 2009

Berita untuk Scholars...

Rabu, 1 July, PROTON - semua scholars diminta untuk menghantar slip perperiksaan yang terkini kepada kak ita. Menurut kak ita email yang beliau terima tidak boleh dibuka dan seterusnya melambatkan proses elaun semua scholars yang sedang sibuk masuk ke semester baru.

Menurutnya lagi email yang beliau terima adalah di dalam format microsoft office 2007 yang mana tidak digunakan di semua Pc dan Laptop di Proton, oleh yang demikian email yang dihantar tidak dapat dibuka dan meminta kita untuk menghantarnya semula.

Berita terkini,hanya bebudak MMU sahaja yang belum menghantar keputusan perperiksaan mereka belum diumumkan di universiti. "korang hantar result kat 3 org trus senang" kata kak ita sejurus ditanya berkenaan dengan permintaannya untuk menghantar result banyak kali.

Punca kepada masalah ini adalah disebabkan oleh ramai scholars yang menghantar keputusan didalam format office 2007. Sehubungan itu adalah diingatkan dan dideru sekalian semua supaya menghantar result anda dalam format 2003.

Read more...

Diari Tioman

Jumaat, 1500H

Kelihatan kaki2 attachment sudah berada kt lobi hr.. Zul Hazwan mencuba Proton Exora yg berada di situ. Ara yang datang bertemankan abangnya pula sibuk mencari tempat untuk menyimpan barang2 bbq. (apa daa bawak bekal g proton)
Jumaat, 1530H
Melawat RnD, Melvin, Bad, Enoch, Juliana dan sebagainya sudah menanti dengan tangan terbuka.. Ara, Chot, Zul Hazwan, Khai, Yazid, dan Zulhisyam terpaksa melalui 'line' Main Plant.. Para pekerja "huuu haaa huuu haaa" tak tentu pasal.. mungkinkah mereka berahi dengan Chot??

ini kamera kualiti xbaik. smart juga Ara

Bad the builder

Yazid COE

Kat lobi HR.. kaki kak ita ngn Ara
Jumaat 1830H
Selesai lawatan RnD.. Bad menumpangkan kami balik ke main gate dengan Proton Exora.. Kami sungguh terpegun..

Jumaat 1930H
Ainun dibawa keluar dari gerabak Komuter berdekatan stesen Shah Alam. Sumi pula sampai di Proton mencari tayar spare untuk Kancil V-Power beliau.. Sambil midah membawa juadah makan malam yang sungguh berkhasiat iaitu kek 15 rggt dan nugget ayam..
on the way

Jam 2200H
Semua siap bertolak ke Mersing. Sumi yang memandu Kancil V-Power menjadi ketua rombongan sambil diekori rapat oleh keli-sasa, Kancil Muffler Baru, dan Kancil LC135. (apa punya brand keta daaa...) Duit tol pun dilangsaikan oleh Sumi dan ibunda Midah. Apa yang menyayat hati semasa melalui PLUS ialah kemalangan antara motosikal yang berada di bawah lori. Maka, keempat-empat kereta cuba memperlahan kenderaan masing2 untuk menginsafkan diri sendiri agar berhati-hati di lebuh raya.

RnR

Jam 0030H
Tatkala tiba di Ayer Keroh, kami menyusuri keluar dari PLUS menuju Mersing melalui Kluang. Di kala ini, Zulhisyam mengambil alih tugas Sumi untuk memandu Kancil V-Power sampai ditemani Midah di sebelah. Midah yang pada mulanya lena diulit mimpi kini tidak dapat melelapkan mata. Sebab ape? Yang ini kita tak tau.. Di masa ini jugalah kabus tebal menghalang pandangan Zulhisyam yang menerajui perjalanan. Ada juga lori yang teringin untuk merempuh Kancil V-Power yang dipandunya. Tapi segalanya berjalan baik Alhamdulillah. Walaupun hampeh terasa di hati.

Jam 0400H
Selamat berada di Jeti Mersing. Banyak jugalah kaunter tiket yang buka pada pagi yang hening itu. Lalu kami membeli tiket dari Mak Long Limah (bukan nama sebenar) yang bertindak sebagai agen.
"Paling lewat makcik kata pukul 12. Kamu duduk ja. Biar makcik buat kerja"
Kata2 makcik yang sungguh menyenangkan hati. Lalu kami menimpa ke taman permainan ibarat kanak2 yang mendapat permainan baru yang dibeli oleh mak bapak.







Jam 0600H
Melangkah ke surau. Selepas solat Subuh yang diimami Khamal dan sedikit tazkirah, arakian kami pun tidur sejenak...

**tunggu episod seterusnya


Video kat sini
video
Ni video untuk kita semua...

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP