Thursday, July 2, 2009

diari tioman 2

Sabtu, 0800H
Matahari mula memancar sinarnya. Sinarannya mampu memberi tenaga untuk Sumi, Midah, Chot, Ara, Izzarief, Ezariq, Jett, Rahman, Khai, Khamal, Ainun, Hafiz dan Zulhisyam. Nampaknya semua cergas untuk mengejar feri ke tioman sebelum pukul 12.

"Sempat lagi kan nk shopping?" Tanya midah pada chot yang baru menenyeh-nenyeh mata.

Sabtu, 0830H
Bergerak ke pasar Mersing. Sibuk lah semua ahli rombongan mencari ayam, bawang, timun, ubi keledek dan sebagainya. Semua pergi pasar. Tiada siapa pun yang pergi sarapan pagi dengan roti canai atau nasi lemak bersama teh tarik. Ye dak? (konon saja)

Sabtu, 1000h
Balik ke jeti Mersing dengan harapan feri sebelum pukul 12 sudah bersedia membawa kami 13 orang ke pulau Tioman. Malangnya, apa telah dikatakan hanyalah khabar angin. Mak Cik Gayah (bukan nama sebenar) menyatakan bahawa rezeki kami hanya pada feri pukul 6 setengah petang. Arakian di sinilah bermulanya Latihan Industri untuk pelajar Undang2 di UKM. Tidak ketinggalan juga Izzarief yang sudah bersedia untuk berusaha mendapatkan 'boarding pass' walau dengan apa cara sekali pun. Berbekalkan badan yang mantap lagi gebu, Izzarief terus mengekori Mak Cik Gayah dan brader baju biru. Sementara lawyer UKM, Siti Farah sudah menyusun ayat untuk melawan hujah pihak Mak Cik Gayah yang goyah.

Sabtu, 1200H
Pada ketika ini, semua pengunjung jeti berkenaan termasuk pelancong asing sudah mendapat tempat di dalam feri Blue Water. Akhirnya, brader baju biru membenarkan kami semua 13 orang untuk naik feri itu tanpa 'boarding pass'..

"Cepat laa naik!!" Tempik Mak Cik Gayah mengarah kami untuk naik ke atas feri. Balas dendam rupanya.

Di dalam feri, Izzarief, Ara, Jett, Midah, dan Zulhisyam ditempatkan di kerusi yang masih lagi tiada berduduk. Yang lain, dengan senyum lebar naik ke bahagian atas feri. Maka dapatlah mereka bertujuh berbual-bual mesra dengan kapten kapal di atas. Bukan itu saja, kapten kapal turut mengajarkan mereka undang-undang pelayaran yang sudah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

*** Gambar org tidor sepanjang perjalanan merentasi Laut China Selatan***

Sabtu, 1500H
Tiba di Kampung Ayer Batang. Di kampung inilah YP Chalet bertapak. Lalu kami bertemu dengan Abang Kejok yang disebut-sebut oleh Midah. Dapatlah kami 3 buah chalet. Jadi terpaksalah kami menggunakan formasi 4-5-4. Sebelum mandi laut, sempat juga setengah daripada kami menerpa ke kedai makan untuk merasai keenakkan nasi goreng kampung bertelur goyang.

Sabtu 1600H
Izzarief sudah menyinsing lengan bajunya. Segala ayam2 yang telah disiang oleh Midah, Ara, dan Ainun (eh mana lagi sorg anak dara kita??), maka ayam itu diserahkan kepada Izzarief (warga Nepal) untuk proses pembuangan lemak bersama Quality Assistant (Khamal Adly). Semasa proses ini, Izzarief (sebagai vendor) diberi gred A- oleh Khamal. Tahniah untuk beliau. chaiyok2!!

"Anda boleh pergi jauh jika anda sentiasa komited dengan tugas anda," nasihat Khamal kepada Izzarief.

Sabtu, 1700H
Aktiviti pantai bermula. Nampaknya chot perlu memainkan peranannya di sini untuk menceritakan keriangan budak2 ni bermain pantai. Video di bawah mungkin dapat menceritakan suasananya.



*syam, aku besarkan saiz vdeo skit.ainun.

Sabtu, 1930H
Selepas menunaikan solat fardhu maghrib yang dijamak takdim dengan Isya', (yang mana jamak ngn Asar, zohor skali xtahu laa panggil jamak apa, jamak 1shot gamaknya) beredarlah semua ke tepi pantai sekali lagi untuk sesi makan. bla... bla... bla...

Sabtu 2200H
"Sini semua, kita nak buat ice breaking sikit.. junior cepat sikit," arah Sumi dengan riak wajah sombong, riak, takbur, celaka, berlagak, dan segala sifat mazmumah yang dipraktikkan beliau.

Semua 13 orang termasuk Khamal selaku Kuli Batak membuat bulatan mengelilingi unggun api yang disiapkan oleh Leftenan Muda Chot termasuk Hafiz dan Khai (setia membakar ayam). Maka Sumi mencanangkan daun terup. Satu untuk setiap orang. Skemanya seperti berikut:

Love - Pengalaman Manis
Spade - Boleh tanya sebarang soalan
Kerinting - Alkisah diri sendiri
Diamond - terlepas sudah..

**nantikan kisah seterusnya...

26 comments:

~ainun~,  July 2, 2009 at 3:54 PM  

duduk atas mmg best~~!
kami bertujuh la...

sChuMee July 2, 2009 at 3:58 PM  

haah.....
7org je..
pomp y len except ainun,duk bwh....

wes,kami smpat p breakfast b4 msuk pasar la
2 la,sapa suh tinggalkn ktorg...

sChuMee July 2, 2009 at 4:01 PM  

wes,formasi 4-5-4 2 asyik tkr2 je...
time tdo jd 4-4-5..sbb da sorng kena halau jd striker....

^^cot^^,  July 2, 2009 at 7:04 PM  

haha formasi asik tukar2 jer,sbb jntera serangan kiter tumpul sgt....

azulhisyam,  July 2, 2009 at 8:06 PM  

ooo perli aku... mentang2 aku ni ibarat pelarian.. memperguna aku..

ara,  July 2, 2009 at 11:07 PM  

ak ske vdeo nie!hahaha

azulhisyam,  July 3, 2009 at 12:15 AM  

aku pun suka

ara,  July 3, 2009 at 12:19 AM  

haa syam,smpai ati ko ek,thnxs ar meletakkan gmbar ak tido disitu,elok2 ak nk bagi full marks,ak bagi 1/5 jeh,!wuahahaa

~ainun~,  July 3, 2009 at 12:48 AM  

bini dah mrh tu syam..
tak baik amik gambo ara..
heheh

sChuMee July 3, 2009 at 3:46 AM  

ara,ko tgk x lg pic y len tdo....
aku da ltak kt cni
tp org delete dow....

~ainun~,  July 3, 2009 at 11:34 AM  

upload lain je la sumi...
serius tak tahu sapa yg buang..

arabella,  July 3, 2009 at 1:58 PM  

hahaha,ainun,nk kene cekik nk,
smpai ati delete,xde2,xkire,letak balik sumi,mane aci gmbar ak sorng je!wuaaaaaaa,nk nangis la cmni
huaaaaa
hahahaah

^^cot^^,  July 3, 2009 at 3:03 PM  

nangis la, xde sape pon nak pedulik....
hahaha mcm org nak pjuk die lak...
muahahahahahaha

azulhisyam,  July 3, 2009 at 3:04 PM  

xpa ara.. aku ada... nnti aku buh balik gambar org tido tu.. to sumi.. sori ye.. aku xsengaja...haha

sChuMee July 3, 2009 at 5:27 PM  

haa....syam da ngaku pn dia trbuang.....

ara,  July 3, 2009 at 8:01 PM  

hahaha,ko keji cot,hahaha
ha syam,wjar ko letak yek!hahaha
akhirnye,,org yg ko cari dh jmpe sumi,hhhaha

CEO PROTON,  July 4, 2009 at 2:27 AM  

2 la...
aku da agk da dia y wt
sbbnya....

ainun da ckp kt aku,syam tgh duk menjahanamkan blog

dia y 24jam duk lyn blog je....

wes,unggun api jd x jd je kn
maklum la,aku br 1st time wt..

^^cot^^,  July 4, 2009 at 8:19 AM  

huahuahua...
kite kekurangan kayu yg besor2 jer....
kayu kecik2 mne nak sedap wt unggun api....
hahahha...
n kiter lambat duk kat c2, sblum tuh api bukan men sdap g aku tgk...

~ainun~,  July 5, 2009 at 1:10 AM  

dak..bukan mejahanamkan blog..cm nh aku ckp..
"syam rajin duk edit blog~"
ha..cm tu....
huhu..
tapi agak terbakar gak bila tgk blog jadi cm tu masa yg syam duk menerai(menurut ayat syam la),edit blog..
tahniah la jugak dapat buat header tu..
kgkawan, kalu nk cuba edit, cuba la..tapi bg lagi cantk la ye..

schumee,  July 5, 2009 at 2:02 AM  

kpd sume y p tioman,
plz take y da part mknn bbq kt xhalal
tk keterangan lanjut,tnya mida

tq


2 la
tukang wt bbq lmbat la aku rs

azulhisyam,  July 5, 2009 at 9:32 AM  

sori laa.. aku xsengaja.. betul..

Masa tu aku tgh upload video.. dlm masa yg sama sumi tgh upload gmbq2 kesukaan dia tu.. mula2 sumi yg save post tu.. selang 10 minit, baru laa video aku yg saiz besar tu siap.. lalu aku save post yg xdak gambar. ada paham ka.. sapa nk sokong aku?? kamon junior

Anonymous,  July 5, 2009 at 4:33 PM  

syam,ko kna denda upload blik pic2 2
ko ambik kt grup fb
da 4keping....

mida,  July 5, 2009 at 10:02 PM  

alalalala....
sian kat zul...xpe2 zul. biar senior mida support....

~ainun~,  July 5, 2009 at 11:14 PM  

ooo...gitu..
tu kesilapan teknikal..
no hal la, syam aka zul..
cm na la ble jadi cm tu kan..huhu

azulhisyam,  July 6, 2009 at 4:32 PM  

tima kasih :D..
mcmana leh jd cmtu?? yg ini, kita xtahu

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP